Corak Meeting Lines terbentuk apabila corak bar hitam dan putih mempunya harga penutup yang sama.
Spekulasi kenaikan paras harga Meeting Lines
Corak ini biasanya berlaku pada carta apabila paras harga mengalami kejatuhan dalam corak penurunan. Pada hari pertama corak ini merupakan corak bar hitam. Pada hari berikutnya paras harga yang dibuka mengalami penurunan, menunujukkan keaadan ini sedang mengalami spekulasi penurunan paras harga. Spekulasi kenaikan harga bagi corak Meeting lines adalah sama seperti konsep pembentukkan paras kenaikan harga Piercing Line, perbezaannya cuma paras pemulihan kenaikan harga pada hari kedua.
Paras Meeting Lines hanya meningkat sehingga ke paras harga penutup pada hari pertama manakala pada hari kedua paras Piercing Line akan melebihi titik tengah bagi corak bar pada hari pertama. Walaubagaimanapun paras Piercing Lines dianggap lebih penting daripada kenaikan paras harga Meeting Lines. Seseorang perlu memahami daripada terkeliru carta corak bar ini dengan corak pembentukan On Neck Line.
Spekulasi Paras Penurunan Harga Meeting Lines
Corak Meeting Lines juga mengalami spekulasi penurunan harga yang rapat dengan pembentukan Dark Cloud Cover. Paras penurunan harga dibuka pada paras tinggi yang baru dan ditutup pada paras harga penutup hari sebelumnya, manakala paras Dark Cloud Cover di bawah titik tengah.
Bagaimana untuk mengenal pasti corak ini?
1. Corak bar pada garisan berada pada kedudukan semasa.
2. Warna pada corak bar sentiasa menunjukkan alirannya: warna hitam pada corak bar menunjukkan corak paras menurun manakala warna putih pada bar menunjukkan paras corak menaik.
3. Warna untuk corak bar kedua pula adalah berbeza.
4. Paras harga penutup untuk kedua-dua hari adalah sama.
5. Kedua-dua hari tersebut berlaku dalam jangka masa yang panjang.
Sebarang kemungkinan dan corak psikologi disebalik Meeting Lines
Corak arah menurun akan mendominasi paras harga pasaran apabila corak bar hitam sedang membentuk, mengukuhkan keadaan spekulasi paras penurunan harga pada hari tersebut. Pada hari berikutnya paras harga dibuka dengan keadaan jurang ke bawah. Sepanjang hari, paras harga akan meningkat untuk ditutup pada paras yang sama seperti hari sebelumnya. Dalam keadaan ini, peluang untuk berlaku perubahan arah corak bar adalah tinggi. Sekiranya pada hari ketiga paras harga dibuka dengan lebih tinggi lagi maka pengesahan akan diterima.
Fleksibiliti Corak
Corak ini terdiri daripada dua corak bar yang panjang. Walaubagaimanapun, kebanyakan keadaan yang berlaku corak bar adalah lebih pendek pada hari kedua berbanding pada hari pertama. Keadaan ini tidak mempengaruhi ketepatan corak ini sebagaimana pengesahan masih diperlukan. Adalah lebih bagus sekiranya setiap hari paras penutupan harga merupakan Marubozu.
Corak Pergerakan Harga
Pembentukan corak Meeting Lines berpecah kepada corak bar tunggal yang mana tidak menawarkan pengesahan. Corak bar tunggal akan kelihatan sama seperti corak bar pertama tetapi jarak itu berpanjangan sehingga hari kedua. Pergerakan paras harga tidak menjanjikan bahawa corak itu tidak menunjukkan kurangnya kestabilannya.
Corak Yang Berkaitan
Pembentukan corak bertentangan dengan arah Meeting Lines adalah Separating Lines, yang merupakan satu corak kesinambungan. Selain itu, jika corak bar kedua melebihi corak bar pertama, corak bar ini boleh berubah kepada Dark Cloud Cover ataupun Piercing Lines.