Petunjuk teknikal Will-Spread telah diilhamkan oleh Larry Williams dan diterangkan dalam buku terbitan beliau yang bertajuk 'Rahsia Jangka Panjang untuk Dagangan jangka pendek'. Will-Spread adalah merupakan salah satu petunjuk kewangan yang terkuat, di mana ia akan mengukur aliran harga di antara pasaran utama dan pasaran sekunder. Tujuan perbandingan ini adalah untuk mengetengahkan isyarat untuk membuka/menutup kedudukan aset kewangan melalui isyarat pasaran yang mempunyai pengaruh ke atas aset tertentu ini.
Formula
Spread = (Penutupan (pasaran1, n)/Penutupan (pasaran2, n))*100
Will-Spread = EMA (5, Spread) – EMA (20, Spread)
Kegunaan Dagangan
Kaedah utama dalam penggunaan petunjuk teknikal Will-Spread ini adalah dengan memerhatikan cara bagaimana harga melintasi garisan sifar. Sekiranya petunjuk melintasi garisan sifar menaik, maka arah aliran berkemungkinan akan berterusan menaik. Sebaliknya apabila petunjuk jatuh di bawah garisan sifar, ini bermakna terdapat satu aliran penurunan yang jelas.
Pengarang mengalakkan para pedagang untuk menggunakan petunjuk ini di dalam strategi perdagangan anda dari sudut penapisan: Sebagai contoh; Apabila Will-Spread melintasi garisan sifar, maka para pedagang perlu menunggu sehingga terdapat pembentukan bar yang berikutnya selepas isyarat. Sekiranya bar yang berikutnya adalah lebih tinggi/ rendah diatas/ kurang daripada yang sebelumnya, maka seseorang pedagang itu harus membuka kedudukan. Adalah tidak digalakkan untuk membuka posisi sekiranya bar tidak membentuk tahap tinggi/ rendah yang baru.
Kaedah utama untuk mengira Will-Spread adalah dengan memilih pilihan aset kewangan yang paling berpengaruh bagi sesebuah pasangan mata wang. Aset yang paling asas dalam pasaran adalah EMAS, minyak (# CL), Indeks S&P-500 (# SPX), dan Indeks Nikkei-225(# N225). Komoditi Emas dan minyak boleh digunakan dengan mudah untuk pasangan mata wang utama Forex, manakala indeks saham berprestasi yang lebih baik dalam menjana isyarat utama untuk pasangan mata wang adalah seperti USD/CHF dan USD/JPY.
Parameter Will-Spread InstaForex
FastMAperiod = 3
SlowMAperiod = 15
SecondMarket = EMAS